RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.Bercakap pada sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin, beliau berkata umat Islam di seluruh dunia mengharapkan hasil ketara serta tindakan konkrit daripada sidang kemuncak yang berlangsung sehari itu.“Saya menggesa semua anggota OIC agar menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik masing-masing secara strategik dalam setiap dialog di semua peringkat sama ada dua hala atau pelbagai hala…
Read More