
KUALA LUMPUR: Malaysia teguh dengan pendirian mendesak Israel menghentikan pembantaian ke atas rakyat Palestin, membebaskan semua tahanan rakyat Palestin dan bersetuju dengan pelan perdamaian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau memaklumkan perkara itu ketika bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya Ismail Haniyeh dan bekas pengerusi Hamas Khaled Mashal di Qatar.Beliau berkata Malaysia juga akan terus komited memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam menghentikan serangan ke atas Rafah termasuk menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan di Gaza…
Read More