
ANKARA: Sekurang-kurangnya 61,430 rakyat Palestin terbunuh dalam perang genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).Dalam kenyataan itu, kementerian memaklumkan bahawa 61 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 363 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel meningkat kepada 153,213 orang.“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” menurut kenyataan itu lagi.Kementerian turut memaklumkan bahawa 35 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 304 cedera akibat serangan Israel ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lalu…
Read More